eBantuanOnline.my ialah sebuah portal informasi bebas yang menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan, semakan kelayakan, panduan permohonan, dan pengumuman rasmi daripada pelbagai agensi di Malaysia.

Kami memahami keperluan rakyat untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan mudah difahami, terutamanya berkaitan bantuan kewangan, subsidi, insentif rakyat, pendidikan, perumahan, dan lain-lain inisiatif kerajaan. Oleh itu, misi kami adalah untuk menjadi sumber rujukan utama bagi rakyat Malaysia yang ingin menyemak dan memohon bantuan secara atas talian.

Apa yang Kami Tawarkan:

  • Maklumat Terkini mengenai bantuan kerajaan
  • Panduan Lengkap Permohonan untuk pelbagai jenis bantuan
  • Langkah Demi Langkah Semakan Kelayakan
  • Rujukan Sahih dari sumber rasmi kerajaan
  • Notifikasi Bantuan Baharu & Terkini

Komitmen Kami

Kami komited untuk mengemas kini kandungan secara berkala agar anda tidak terlepas sebarang maklumat penting. Kami bukan wakil rasmi mana-mana agensi kerajaan, namun kami berusaha menyampaikan maklumat berdasarkan sumber sahih, kenyataan media dan dokumen rasmi kerajaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan, sila hubungi kami melalui halaman Hubungi Kami.